Followers

RENUNGAN

"Kalau guru sendiri mengambil masa untuk memahami pelajaran baru, janganlah mengharapkan murid sederhana dan lemah dapat menguasai dan mengingati perkara yang baru dipelajari dalam tempoh 20 minit."

Friday 30 December 2011

Pengajaran Reflektif

Pengajaran reflektif bermaksud melihat semula apa yang anda lakukan dalam bilik darjah, memikirkan tentang megapa anda melakukannya serta memikirkan sama ada ia berkesan atau sebaliknya – satu proses pemerhatian kendiri serta penilian kendiri. Dengan mengumpulkan maklumat mengenai apa yang berlaku dalam bilik darjah, dan dengan membuat analisis serta menilai maklumat yang diperolehi dan dikumpulkan, anda mengenalpasti dan meneroka amalan anda serta kepercayaan yang menjadi asas kepada tindakan anda. Ini akan seterusnya membawa kepada perubahan serta penambahbaikan pengajaran.

Oleh itu pengajaran reflektif merupakan alat untuk perkembangan profesionalisme yang bermula dari dalam bilik darjah anda sendiri.

Mengapa pengajaran reflektif begitu penting?
Ramai di kalangan guru telah mula memikirkan mengenai pengajaran mereka dan  berkongsi pengalaman mereka dengan rakan sekerja. Anda mungkin berfikir dan berkongsikan dengan seseorang tentang “Pengajaran anda yang berjalan lancar dan baik” atau “Murid anda tidak memahami apa yang anda ajarkan” atau “Murid-murid anda tidak bertingkahlaku baik pada hari ini.”

Walau bagaimanapun, dengan memberikan masa yang lebih untuk berfokus atau membincangkan apa yang telah berlaku, anda mungkin akan membuat rumusan tentang mengapa perkara itu berlaku. Anda mungkin hanya akan melihat reaksi murid yang lebih dominan. Pengajaran reflektif menekankan kepada proses yang lebih sistematik ketika mengumpulkan maklumat, merekodkannya serta membuat analisis tentang pemikiran dan pemerhatian anda di samping pemikiran dan perlakuan murid-murid anda. Seterusnya anda lakukan perubahan yang bersifat penambahbaikan dalam pengajaran.

  • Sekiranya pelajaran berjalan dengan lancar anda boleh menjelaskannya dan memikirkan mengapakah ia berjaya.

  • Sekiranya murid-murid tidak memahami penggunaan bahasa atau istilah yang anda gunakan, anda perlu memikirkan tentang apa yang telah anda lakukan dan mengapa ia menjadi tidak jelas.

  • Sekiranya murid-murid salah laku dalam kelas – apakah sebenarnya yang mereka telah lakukan, bila dan mengapa?

 Memulakan proses refleksi
Anda mungkin memulakan proses refleksi sebagai respons kepada masalah tertentu yang  timbul dalam kelas anda, atau hanya sebagai satu cara untuk mencari-cari sesuatu tentang pengajaran anda. Anda mungkin membuat keputusan untuk memberikan fokus kepada kelompok murid tertentu atau melihat ciri-ciri pengajaran anda – contohnya bagaimana anda kendalikan murid salah laku atau bagaimana anda menggalakkan murid-murid untuk bertutur dalam Bahasa Arab dalam bilik darjah.

Langkah pertama ialah dengan mengumpulkan maklumat mengenai apa yang berlaku di dalam bilik darjah. Terdapat beberapa cara untuk melakukannya.

Diari / jurnal reflektif guru 
Penulisan diari guru merupakan cara yang paling mudah untuk memulakan proses refleksi kerana sifatnya yang lebih peribadi. Selepas setiap pengajaran, anda perlu menuliskan di dalam diari anda tentang apa yang berlaku. Anda mungkin juga akan menjelaskan tentang reaksi dan perasaan anda dan segala yang anda perhatikan tentang murid-murid anda. Anda mungkin akan mula mengemukakan pelbagai persoalan tentang apa yang telah anda perhatikan. Anda perlu mempunyai disiplin diri yang tinggi untuk menggunakan masa mencatatkan ke dalam diari ini secara tekal.

Pemerhatian rakan sebaya
Ajaklah rakan sejawat untuk turut bersama berada di dalam kelas ketika anda mengajar dengan tujuan untuk mengumpulkan maklumat mengenai pengajaran anda. Mungkin anda boleh lakukan dengan tugasan yang mudah atau dengan membuat nota / catatan. Anda boleh mengaitkan maklumat yang dicatatkan oleh rakan ini dengan perkara yang ingin anda buat refleksi. Contohnya, anda boleh bertanya rakan sejawat anda untuk memfokuskan kepada murid manakah yang menyumbang paling banyak dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perbezaan corak interaksi yang berlaku atau bagaimana anda kendalikan sebarang kesilapan.

Rakaman pelajaran
Rakaman audio atau video tentang pelajaran boleh menjadi sumber maklumat yang berguna untuk dibuat refleksi. Anda mungkin melakukan rakaman di dalam bilik darjah tentang perkara yang tidak anda sedari atau mungkin berlaku sesuatu di dalam bilik darjah yang lazimnya tidak disedari.

  • Rakaman audio adalah berguna apabila diambilkira tentang aspek percakapan (lisan) guru.
    • Berapa banyak anda bercakap?
    • Tentang apa?
    • Adakah arahan dan penerangan dibuat dengan jelas?
    • Berapa banyak masa diperuntukkan kepada murid untuk bercakap (menjawab atau berbincang)?
    • Bagaimana nada memberi respon ketika murid berbual-bual (perkara yang tidak berkaitan dengan pelajaran)?
  • Rakaman video berguna untuk menunjukkan aspek tingkahlaku anda.
    • Di mana anda berdiri?
    • Kepada siapa anda bercakap?
    • Bagaimana anda Malayan murid?


Maklubalas murid
Anda juga boleh bertanya kepada murid-murid mengenai apa yang mereka fikirkan tentang perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Pandangan serta persepsi mereka akan dapat digunakan untuk mendapatkan pandangan yang berbeza serta dapat memperkayakan perspektif. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan soal selidik mudah atau diari pembelajaran.

Apakah yang perlu dilakukan seterusnya?
Setelah mendapatkan maklumat tentang apa yang berlaku di dalam bilik darjah anda, apakah yang perlu dilakukan?

  • Fikir
    Anda mungkin telah mengesan corak yang berlaku dalam pengajaran anda melalui pemerhatian anda sendiri. Anda mungkin juga telah mengesan perkara yang berlaku yang selama ini tidak anda sedari. Anda mungkin tersentak dengan maklum balas yang diberikan oleh murid-murid anda. Anda mungkin telah mempunyai idea untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan.

  • Berkongsi
    Hanya dengan berkongsikan maklumat yang telah anda perolehi dengan rakan sejawat, anda akan berupaya untuk mendapatkan idea bagaimana melakukan sesuatu dengan cara yang lain.
    • Sekiranya anda mempunyai rakan yang pada masa yang sama, ingin membina dan memperbaiki pengajaran melalui proses refleksi, anda boleh berbincang mengenai isu atau fenomena yang ingin dibincangkan. Perbincangan boleh didasarkan kepada senario dalam kelas anda.
    • Gunakan senarai pernyataan mengenai pengajaran (contohnya, kerja berpasangan merupakan aktiviti yang berguna dalam kelas Bahasa Arab atau keupayaan bertutur lebih baik daripada nahu) anda boleh berbincang tentang mana yang anda persetujui atau tidak persetujui dan mana satu yang yang menjadi bukti yang menyokong pengajaran anda.

  • Baca
    Anda mungkin membuat keputusan bahawa anda perlu mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang perkara yang berlaku serta ingin dibuat refleksi. Anda boleh merujuk bahan-bahan berkenaan dalam buku atau daripada Internet serta majalah dan jurnal pendidikan.  

  • Tanya
    Kemukakan soalan melalui forum di Internet atau kepada orang lain yang lebih mengetahui (rakan atau guru pakar) untuk mendapatkan idea. Tanyalah perkara yang menarik minat anda untuk mendapatkan jawapannya.

Kesimpulan
Pengajaran reflektif merupakan proses kitaran kerana apabila anda mula melaksanakan perubahan, proses reflektif dan penilaian akan bermula semula.

o    Apa yang anda lakukan

o    Mengapa anda lakuakannya?

o    Sejauh mana keberkesanannya?

o    Bagaimana respons murid?

o    Bagaimana boleh anda jadikan lebih baik?

Sebagai hasil keputusan yang diperolehi melalui refleksi, anda mungkin membuat keputusan untuk melakukan perubahan atau anda mungkin memutuskan untuk memperbaiki agar menjadi lebih baik.

Tuesday 29 November 2011

Kaedah penilaian yang boleh digunakan untuk Pendidikan Islam

(Bahan dipetik daripada manuskrip Penilaian dan Penggubalan Item Pengujian tulisan Shamsina Shamsuddin yang belum diterbitkan)


Umumnya terdapat tiga bentuk kaedah penilaian yang boleh dilaksanakan di sekolah. Ketiga-tiganya ialah kaedah penulisan, kaedah visual dan kaedah lisan.



Kaedah penulisan
Kajian kes
Penjelasan
Kebaikan
Kelemahan
Kajian kes melibatkan pemilihan dan pembentangan bahan yang memberikan deskripsi tentang manusia, keadaan, proses dan peristiwa yang dapat mewakili contoh ilustratif dalam lingkungan bidang atau tajuk yang dipelajari.
Keupayaan untuk menilai aplikasi prinsip-prinsip situasi kehidupan sebenar.
Mengambil masa yang agak panjang untuk disediakan dan disemak / diberikan markah.


Diari Reflektif
Penjelasan
Kebaikan
Kelemahan
Dinamakan juga sebagai jurnal. Diari reflektif ditulis oleh murid melangkau satu jangka masa tertentu untuk merekodkan dan membuat refleksi ke atas pengalaman pembelajaran kendiri.Melalui penulisan ini, murid akan dapat peluang  untuk  menjelaskan tentang perasaan, pemikiran dan kepercayaan mengenai isi kandungan dan proses pembelajaran serta diri mereka sendiri sebagai murid menggunakan struktur penulisan tidak formal.
           Menggalakkan penilaian kendiri dan refleksi.
            
           Keterlibatan dan tanggungjawab murid lebih tinggi ke atas pembelajaran mereka.
            
           Diari reflektif menyediakan peluang celik akal ke atas perasaan, pemikiran dan kepercayaan murid.
           Mungkin melibatkan masa yang agak lama untuk menyemak.
            
           Subjektiviti mungkin mempengaruhi pemarkahan yang adil.
            
           Boleh jadi agak sukar untuk menentukan penilaian kriteria.
            
           Murid mungkin menyusun atau merangka jalan untuk mendapatkan markah yang lebih.

Mungkin boleh menimbulkan isu peribadi dan sulit.


Projek Penyelidikan
Penjelasan
Kebaikan
Kelemahan
Projek penyelidikan merupakan satu satu bentuk tugasan lanjutan melibatkan aktiviti berasaskan inkuiri. Projek yang diberikan mungkin besar atau kecil dan dilakukan secara individu atau kumpulan.
           Membolehkan murid terlibat secara mendalam dan lebih bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka.
            
           Menggalakkan inisiatif, tidak  bergantung serta menyelesaikan masalah.
            
           Dapat menilai julat kemahiran yang lebih luas dan dapat menunjukkan kebolehan murid untuk menguruskan masa dan kemahiran.
            
           Membenarkan murid meneroka topik dengan lebih mendalam.
           Mungkin melibatkan banyak masa untuk proses pemarkahan.
            
           Agak sukar untuk membuat perbandingan antara murid kerana projek penyelidikan mungkin tidak sama atau serupa.
            
           Mungkin sukar ntuk menetukan kriteria penilaian.

Esei
Penjelasan
Kebaikan
Kelemahan
Sebuah penghasilan penulisan yang mengemukakan isu atau menimbulkan persoalan. Ia perlu melibatkan data yang sesuai atau maklumat yang dapat memberikan gambaran mengenai isu dalam turutan yang logik serta dibuat analisis dan komen secara kritikal ke atas isu yang dikemukakan.
           Esei membolehkan murid menunjukkan ekspresi dan individualiti mereka.
            
           Mengukur kefahaman, sintesis dan penilaian.
            
           Membantu murid menghasilkan penulisan dan kemahiran literasi maklumat.
            
           Kriteria pemarkahan dapat membantu pemberian gred dengan lebih cepat.
           Proses pemarkahan mengambil masa yang agak lama.
            
           Mungkin tidak dapat menggambarkan julat isi kandungan yang sangat luas.
            
           Subjektiviti mungkin akan mempengaruhi pemarkahan.
            
           Berkemungkinan tinggi untuk berlaku plagiat.
            
           Mungkin boleh memenatkan murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan untuk itu, penyesuaian perlu dibuat.

Laporan bertulis
Penjelasan
Kebaikan
Kelemahan
Laporan merupakan cara biasa untuk menulis tentang maklumat atau cadangan / rumusan tentang sesuatu tujuan. Laporan ditulis berdasarkan maklumat yang dikumpul dan dianalisis menggunakan kaedah serta format penulisan tertentu seperti APA atau MLA.
           Penulisan laporan merupakan kemahiran yang diperlukan dalam kebnyakan kerjaya.
            
           Boleh menilai kemahiran generik seperti maklumat dan literasi komputer.
            
           Membolehkan penulisan dalam bidang dan topik  yang luas.
           Mungkin akan menggalakkan murid  memanipulasi data untuk menunjukkan laporan kelihatan baik (walaupun sebenarnya tidak baik).
            
           Pemarkahan yang diagihkan mungkin tidak menggambarkan masa dan tenaga yang diperlukan untuk menyiapkan laporan.

Sorotan program, buku, laman sesawang
Penjelasan
Kebaikan
Kelemahan
Sorotan merupakan satu bentuk penulisan yang dibuat untuk menganalisis serta mebuat komen tentang kekuatan dan kelemahan sesebuah buku, laman sesawang atau program. Hasil akhirnya boleh dalam bentuk hasil akademik yang formal atau dalam bentuk makalah serta atikel majalah atau akhbar.
           Satu cara yang baik untuk membolehkan murid berinteraksi secara mendalam dengan maklumat yang mereka perolehi dan secara kritikal tentang apa yang mereka baca.
            
           Ia membuat murid memberikan tumpuan pemikiran  dan mengelakkan diri daripada membaca secara pasif.

Kemahiran dan teknik membuat penulisan sorotan mungkin tidak biasa dilakukan oleh murid. Ini boleh menjejaskan perolehan markah yang lebih baik.

Interpretasi bibliografi
Penjelasan
Kebaikan
Kelemahan
Murid dikehendaki membaca beberapa artikel atau buku berkenaan topik yang ditetapkan. Seterusnya membuat interpretasi dan menjelaskan setiap rujukan dengan melibatkan sedikit penilaian bahan yang dibaca.
           Membuatkan murid menentukan isi-isi penting di dalam bahan yang mereka rumuskan.
            
           Lebih cepat untuk diberikan markah berbanding esei.
           Tinggi kemungkinan untuk berlaku plagiat.
            
           Murid tidak membaca keseluruhan artikel atau buku tetapi merumuskan berdasarkan abstrak atau pengenalan sahaja.

Sorotan Literature
Penjelasan
Kebaikan
Kelemahan
Sorotan literatur melibatkan tinjauan bahan dalam bidang yang dikaji dan secara kritikal meganalisis maklumat yang telah dikumpulkan. Seterusnya disintesiskan dalam bentuk rumusan yang dipersembahkan dalam gaya yang tersusun.
           Membentuk kemahiran menyelidik.
            
           Membuatkan murid mengakses bahan untuk mengenalpasti pandangan yang bertentangan.
            
           Menyediakan peluang kepada murid dengan asas yang baik untuk membuat penyelidikan dalam bidang yang sama pada masa hadapan.
           Murid berkecenderungan untuk semata-mata menghasilkan deskripsi senarai maklumat yang dikumpulkan.
            
           Terdapat ruang untuk plagiat.

Portfolio

Penjelasan
Kebaikan
Kelemahan
Portfolio merupakan himpunan bukti-bukti pencapaian murid, termasuk hasil kerja utama mereka, komen maklum balas daripada guru dan analisis refleksi oleh murid sendiri.
           Portfolio dapat menyediakan bukti-bukti menggambarkan kemahiran dan atribut yang luas.
            
           Menggalakkan penilaian kendiri serta refleksi.
            
           Membenarkan lebih banyak murid untuk terlibat dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri.
            
           Kesahan mungkin tinggi sekiranya struktur penilaiannya berpadanan dengan hasil pembelajaran.
            
           Dapat menyediakan celik akal dalam pembelajaran murid.
           Mengambil banyak masa untuk menilai portfolio dan agak sukar untuk diberikan markah secara objektif.
            
           Agak sukar untuk menentukan kriteria pemarkahan.
            
           Agak sukar untuk membuat perbandingan antara kerja murid kerana portfolio sebenarnya berbeza antara satu dengan lain.
            
           Kriteria penilaian perlu diatur untuk mendapatkan kebolehpercayaan yang tinggi.


Kaedah Lisan
Pembentangan individu
Penjelasan
Kebaikan
Kelemahan
Pembentangan individu dibuat secara lisan di hadapan bilik darjah tentang topik yang telah disediakan serta melibatkan penggunaan bahan bantu pembentangan seperti persembahan slaid PowerPoint, transparensi, edaran atau audiovisual.
           Pembentangan boleh digunakan untuk menguji kefahaman, pengetahuan, kapasiti untuk menstruktur maklumat dan kemahiran komunikasi lisan.
            
           Boleh menilai keupayaan murid untuk memberi respons kepada soalan-soalan dan mengurus perbincangan.
            
           Pemarkahan berdasarkan kriteria mudah yang cepat dan mempunyai potensi kebolehpercayaan.
            
           Sesetengah murid bergantung kepada peluang untuk dinilai secara lisan.
           Dalam sebuah kelas yang besar, pusingan  pembentangan akan mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan.
            
           Bukti pembentangan agak longgar jika terdapat kes tuntutan untuk disemak semula.
            
           Sesetengah murid mendapati pembentangan kepada sekumpulan orang lain agak menyulitkan walaupun pengetahuan dan kemahiran mereka agak tinggi.

Pembentangan kumpulan
Penjelasan
Kebaikan
Kelemahan
Satu bentuk pembentangan dalam kelas yang disediakan oleh sekumpulan murid. Tidak semestinya semua ahli kumpulan perlu membuat pembentangan tetapi sumbangan mereka semasa fasa perancangan dan persediaan pembentangan adalah perlu.
           Menggambarkan keadaan dunia sebenar.
            
           Menyediakan satu pengukuran ke atas projek dan pengurusan masa, kemahiran kerja berpasukan serta kepimpinan.
           Sukar untuk dinilai tetapi agak cepat untuk diberikan markah kerana jumlah yang perlu disemak adalah sedikit.
            
           Sukar untuk mengukur sumbangan individu kepada kumpulan dan pengagihan markah agak seimbang.
            
           Persembahan kumpulan yang lemah boleh menggalakkan pembelajaran yang bersifat pura-pura (superficial).

Penglibatan kelas
Penjelasan
Kebaikan
Kelemahan
Penilaian ini diadasarkan kepada bagaimana peserta melibatkan diri serta menyumbang dalam perbincangan aktiviti serta kelas.
           Menggalakkan kemahiran berfikir kritikal dan pembelajaran aktif.
            
           Membentuk kemahiran mendengar yang aktif serta kemahiran pengucapan.
            
           Menggalakkan murid untuk mengatur tabiat belajar mereka dengan melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan kelas.
           Interpretasi tingkahlaku murid agak sukar dilakukan dan bersifat subjektif.
            
           Penyertaan bergantung kepada personaliti murid sehingga boleh merugikan mereka yang pemalu atau interovert.
            
           Masalah dalam menyimpan rekod penilaian.
            
           Sukar menjustifikasi markah sekiranya mendapat cabaran.

Kaedah visual
Persembahan poster
Penjelasan
Kebaikan
Kelemahan
Poster mupakan persembahan visual tentang sesuatu topik atau hasil aktiviti pembelajaran.
           Menyediakan peluang untuk memaparkan kreativiti dan ketulenan.
  
     Boleh digunakan untuk pelbagai topik pelajaran.


     Pemarkahan menggunakan kriteria adalah cepat dan boleh dipercayai.


     Kapasiti untuk mempersembahkan hasil dalam bentuk yang ringkas dan menarik.

           Berkemungkinan menyebabkan penilai lebih menumpukan kepada persembahan dan bukan isi kandungan atau pemahaman.
            
           Subjektiviti mungkin akan menjejaskan pemarkahan.
            
           Pengubahsuaian mungkin perlu dilakukan untuk murid yang menghadapai masalah penglihatan.

Peta konsep
Penjelasan
Kebaikan
Kelemahan
Peta konsep merupakan satu bentuk persembahan grafik yang dihasilkan oleh murid untuk menunjukkan kefahaman mereka mengenai sesuatu topik. Bentuk penggunaan peta konsep sebagai alat penilaian mungkin berbeza dan murid dikehendaki:
- Melakarkan peta yang asli
- Melengkapkan peta yang separuh siap
- Lakarkan peta menggunakan bank / koleksi perkataan konseptual.
- Menganalisis peta yang telah siap untuk mengesan perkaitan atau konsep yang tidak sesuai.
           Menilai pengetahuan konsep murid
            
           Berkesan untuk mengenalpasti ide murid yang sah dan tidak sah
            
           Agak berguna kepada murid Disleksia.

           Murid perlu memahami dan mahir dalam mereka bentuk peta konsep sebelum boleh digunakan sebagai alat penilaian.
            
           Murid mungkin menghadapi masalah mengenalpasti serta membina konsep dan kerangka kerja prapenetapan.

Latihan amali
Penjelasan
Kebaikan
Kelemahan
Penilaian latihan amali merupakan penilaian satu aktiviti pembelajaran secara praktikal dan bukan sekadar teori, spekulasi atau ideal. Latihan amali bagi sesetengah perkara seperti amalan ibadah dalam Islam sebaiknya dilakukan ditempat yang bersesuaian seperti  di masjid atau surau sekolah. Latihan amali eksperimen pula boleh dilakukan di makmal.

           Boleh mengukur pengetahuan tentang prosedur atau langkah-langkah amalan, membuat analisis dan interpretasi perlakuan secara objektif.
            
           Menggalakkan murid berfikir dan merekodkan prosedur amalan dan membuat refleksi.
            
           Mengukuhkan daya ingatan tentang sesuatu perlakuan.

Mengambil masa untuk menilai dan memberikan markah.

Masalah kawalan kelas sekiranya murid dan guru tidak fokus kepada prosedur perlakuan.

Simulasi

Penjelasan
Kebaikan
Kelemahan
Simulasi ini tidak seperti simulasi penerbangan yang realistik. Melalui main peranan secara berpasangan kepada pembinaan semula situasi perniagaan atas helaian hamparan.  Bukanlah sangat situasi dan keadaan di luar  bilik darjah yang  disimulasikan tetapi lebih kepada bagaimana membuat keputusan, kemahiran dan amalan yang ditunjukkan dalam perlakuan mereka.
           Menggambarkan keadaan serta konteks dunia sebenar.
            
           Membenarkan murid mengamalkan pengetahuan teoretikal tentang sesuatu perkara.


Mengambil masa yang lama serta mahal untuk dibina atau diimplementasikan.