Followers

RENUNGAN

"Kalau guru sendiri mengambil masa untuk memahami pelajaran baru, janganlah mengharapkan murid sederhana dan lemah dapat menguasai dan mengingati perkara yang baru dipelajari dalam tempoh 20 minit."

Friday 22 November 2013

Berfikir di luar kotak



Berfikirlah di luar kotak merupakan satu  mod pemikiran yang berani mencabar kebijaksanaan konvensional iaitu berani mempersoalkan strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang telah lama menjadi pegangan guru seperti bentuk asalnya tanpa pengaruh inovasi dan transformasi. Berfikir di luar kotak masih merupakan suatu kualiti di luar kebiasaan tetapi sekiranya diaplikasikan  ia boleh membawa kepada lonjakan kemajuan. Meskipun strategi, kaedah dan teknik yang diamalkan masih merupakan yang paling sesuai, kritikan “di luar kotak” masih boleh meningkatkan kesahan innovated and transformational ideas. Sebagai perbandingan, berfikir dalam kotak lebih berbentuk mengikut atau menuruti apa yang orang lain lakukan kerana ia dilihat sebagai itulah satu-satunya cara yang ada. Tanpa inovasi sifat pengajaran tidak akan berubah dan tidak bertambah baikkan.


Evolusi pengajaran sebenarnya berasaskan kepada penambahbaikan secara berterusan. Hari ini seharusnya lebih baik daripada semalam dan esok dirancangkan lebih baik daripada hari ini. Tidak semua orang boleh menjadi pencipta tetapi sesetengah potensi diri boleh dimaksimumkan. Bagaimana caranya berfikir di luar kotak? Cabar amalan pengajaran yang menjadi kebiasaan melalui refleksi kritikal dan penyoalan bersifat provokasi. Bukan semua amalan kebiasaan itu salah, cuma guru perlu mencari cara lain melakukan sesuatu. Talaqi musyafahah merupakan satu kaedah pengajaran tetapi ia boleh diintegrasikan dengan pelbagai teknik seperti lagu, tunjuk cara, tikrar, baghdadi dan sebagainya.  


Kaedah sumbangsaran dilakukan tanpa menolak apa juga idea dan cadangan yang dikemukakan meskipun idea tesebut kedengaran pelik atau janggal. Setelah difikirkan semula dan diperbincangkan, terdapat kemungkinan idea yang pelik tersebut boleh diterima. Suatu ketika dahulu, ayam goreng hanya dimakan bersama nasi untuk makan tengahari atau malam. Hari ini, ayam goreng (jenama KFC, McD, Mary Brown dan sebagainya) dimakan bila-bila masa sahaja dari awal pagi hingga lewat malam (malah 24 jam).  

No comments:

Post a Comment